LUPA
Karya Nukilan: Cikgu Adibah Musa
Manusia sering kali lupa
lupa asal usul diri, lupa juga dari mana asalnya kita,
letak barang entah di mana, tercari-cari di merata-rata
lupa pada teman lama, lupa pada kekasih lama ~ bila bersua teman baru belaka
bila waktu mencemburui kita
lupa makan, lupa mandi, lupa segalanya
tak kurang juga ˇˇ atau banyak juga
bila hujung bulan tiba
ada orang buat-buat lupa ˇˇ lupa nak bayar hutang berganda!!
Manusia memang lupa
budi yang ditabur, dibalas dengan tuba
kasih yang diberi, dibalas dengan benci
tidak kira umur, pangkat, kaya atau miskin
semuanya pernah menjadi pelupa
Apabila umur semakin lanjut, kita menjadi pelupa
Apabila harta semakin melimpah ruah, kita lupa diri
Apabila wang menguasai diri, kita lupa daratan
Lupa semasa muda ˇˇ menghindari amalan dan kebaikan
Lupa semasa tua ˇˇ terlewat mencari ketenangan
Ada pelajar lupa bawa buku, lupa nak hantar buku, lupa nak bereskan kerja rumah, lupa segalanya
guru juga insan biasa ˇˇ pelupa
lupa nak masuk kelas, lupa nak periksa buku, lupa nama pelajarˇˇ
Tetapi, selalunya guru tak pernah lupa tugasan utama
mendidik anak bangsa sehabis daya
Ibu dan bapa juga tidak mungkin lupa
menghantar anak-anak menimba pengetahuan
berhabisan duit tidak mengapa
asal anak-anak tidak lupa belajar sehabis daya.
cuma selalunya semua orang akan berharap
bos tak lupa nak bayar gajiˇˇ
anak-anak tak lupakan orang tua mereka bila dewasa nantiˇˇ
suami tidak melupai isteriˇˇ isteri tak lupa nak jaga suamiˇˇ
pelajar tak lupa pelajaran semalam dan hari iniˇˇ
tidak mudah nak lupa diriˇˇ
Jangan lupa!
Tak lama lagi kita akan bercutiˇˇ
Tak lama lagi peperiksaan besar menantiˇˇ
Jadiˇˇ jangan lupa bangun pagi, jangan lupa hari gemilang pasti menanti!
ˇˇ