Punca-punca Kes Keracunan Makanan

ˇˇ

 Yong Xing Ning (S3B)

ˇˇ

Mutakhir ini, kes keracunan makanan semakin serius berlaku di negara kita sehingga menagih komitmen dan perhatian masyarakat sejagat. Lazimnya, penuntut asrama, pelajar-pelajar dan peserta-peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selalu terlibat dalam kes ini. Keracunan makanan bukan sahaja akan mengakibatkan seseorang individu muntah, cirit-birit atau demam, malahan juga akan mengorbankan nyawa seseorang. Persoalannya, mengapakah masalah ini boleh berlaku? Apakah inisiatif yang boleh diimplimentasikan untuk membendung kes keracunan makanan ini?

 

Realitinya, faktor perdana yang menyebabkan kes keracunan makanan berlaku ialah kecuaian atau kelalaian daripada pihak pengeluar. Misalnya, petani telah menggunakan racun serangga yang berlebihan untuk sayur-sayuran dan buah-buahan demi menjamin tanaman hidup subur dan dapat dijual dengan harga yang tinggi. Pada hakikatnya, perbuatan mereka ini diibaratkan ˇ°seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masingˇ± kerana hanya mementingkan keuntungan dan tidak menghiraukan nasib pengguna.

 

Di samping itu, kilang-kilang yang terletak berhampiran dengan sungai mudah menyebabkan pencemaran air jika langkah-langkah rawatan sisa-sisa toksik tidak dikendalikan dengan baik. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan hidupan akuatik di sungai itu seperti ikan, udang dan sotong mengalami keracunan. Apabila hidupan akuatik tersebut dijadikan sumber makanan kita, maka kes keracunan makanan akan berlaku.

 

Selain itu, kealpaan penjual makanan juga merupakan punca berlaku keracunan makanan. Contohnya, pedagang menjual makanan yang tarikh luputnya telah tamat tempoh kepada pengguna-pengguna untuk mengelakkan kerugian. Namun, penjual makanan tidak menghalusi akan impaknya bahawa bahan-bahan makanan yang telah tamat tempoh ini akan mengalami perubahan kimia yang boleh menyebabkan makanan itu tidak selamat untuk dimakan dan akan memudaratkan kesihatan seseorang individu.

 

Demi mengelakkan kemelut ini berterusan berlaku tanpa titik noktahnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia perlulah acap kali memantau kebersihan pengusaha makanan serta membuat penyelidikan terhadap semua bahan makanan bagi memastikan keselamatannya sebelum dijual kepada para pengguna. Sementara itu, Persatuan Pengguna haruslah memainkan peranan yang proaktif bagi mengingatkan atau menyedarkan masyarakat umum tentang bahaya yang terdapat di dalam makanan seperti kata sejarah lama yang berbunyi ˇ°mengingatkan mana yang lalai dan menjaga mana yang tidur serta menunjukkan mana yang sesatˇ±.

 

Di samping itu, kerajaan haruslah meminda dan menggubal undang-undang yang lebih tegas untuk memastikan kes keracunan makanan dapat ditangani sehingga ke akar umbinya. Petani, pengeluar makanan dan mereka yang terbabit dalam industri pemakanan yang mendapat keuntungan berlipat kali ganda tanpa menghiraukan kesihatan pengguna haruslah didenda atau dipenjara serta lesen perniagaan mereka haruslah ditarik balik.

 

Selain itu, media massa juga memainkan peranan yang dominan dalam membanteras kemelut ini, yakni menjadi pendidik kepada masyarakat. Selain memaparkan berita tentang kes keracunan makanan, ilmu kepenggunaan juga haruslah dimuatkan saban hari melalui media massa agar masyarakat sejagat mahupun generasi pascamerdeka celik akan hak mereka sebagai seorang pengguna. Media massa juga perlulah berterusan menganjurkan seminar ataupun mengadakan kempen untuk menyebarluaskan maklumat dan informasi akan pentingnya menanam amalan cara pemakanan yang baik serta risiko yang perlu ditanggung jika memakan makanan yang tidak bersih.

 

Konklusinya, lebih baik mencegah daripada mengubati. Pada hakikatnya, sudah sampai masanya kita bertindak dengan sewajarnya dan tidak sekadar bertopang dagu. Sungguhpun jika dilihat daripada mata kasar, isu ini sukar ditangani secara total seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Namun, dengan kesungguhan dan komitmen para pemimpin dan kerjasama rakyat jelata, kes keracunan makanan pasti dapat ditangani.

 

 

ˇˇ